Thursday, 22 February 2007

Apa Itu Management?

Perkataan “Management” dikatakan datang dari perkataan Perancis kuno (Old French word) "ménagement" yang bermaksud "the art of conducting, or directing"; ada yang berkata perkataan tersebut datang dari perkataan Latin "manu agere" yang bermaksud "to lead by the hand".

Secara ringkasnya, "Management" atau Pengurusan bermaksud proses mengurus kesemua atau sebahagian sesuatu organisasi (leading and taking charge and directing all or part of an organisation).

Antara cabang Pengurusan ialah:

· Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management)
· Pengurusan Operasi atau Pengeluaran (Operation or Production Management)
· Pengurusan Strategi (Strategic Management)
· Pengurusan Pemasaran (Marketing Management)
· Pengurusan Kewangan (Financial Management)
· Pengurusan Teknologi Maklumat (Information Technology Management)

dan kesemua cabang-cabang atau fungsi-fungsi ini dilakukan oleh pengurus-pengurus yang membantu dalam "Planning, Organising, Leading, Co-ordinating and Controlling" keseluruhan operasi organisasi dengan niat untuk memuaskan kehendak dan keperluan "stakeholders": pemegang saham, pekerja serta pelanggan.

Pengurusan juga bertanggungjawab untuk menambahbaik fungsi organisasi tersebut.

Melalui blog ini, selain daripada paparan kisah saya menceburi bidang pertanian ini, saya juga akan paparkan artikel-artikel yang menarik berkaitan Pengurusan, Perniagaan dan juga pertanian, dengan harapan artikel-artikel tersebut dapat membantu dalam pengurusan organisasi atau perniagaan tani anda.

Diharap anda ENJOY menatap blog ini.

Terima Kasih dan Selamat Berjaya.

No comments: