Friday 14 December 2007

Biznes Part Time – Is It Possible?

Bila Bro melayari forum-forum yang membincangkan tentang trend biznes masa kini, terutama forum berkaitan asas tani, Bro teruja dengan minat yang ditimbulkan oleh generasi muda ke arah "self-employment" atau bekerja sendiri.

 

Persoalan yang sering ditimbulkan di forum-forum ini ialah, adakah munasabah untuk menceburi biznes secara "PART-TIME".

 

Jika dilihat pada trend masa kini, banyak juga yang mengiklankan biznes mereka dengan tarikan perkataan "Part-Time" seperti biznes MLM, Insuran atau Takaful, Internet E-Biznes atau E-Commerce, dan trend "Part-Time" ini juga menular kepada biznes-biznes tradisional termasuklah biznes pertanian dan penternakan seperti biznes kambing.

 

Bro juga ada menerima email-email dari rakan-rakan yang ingin menceburi biznes ternakan ini bertanyakan hal yang sama: "Part Time Business – Is It Possible?"

 

AWAS! Jangan melenting menbaca jawapan Bro:

 

Untuk Biznes, IT IS POSSIBLE.

 

Untuk Berjaya dalam Biznes, IT IS IMPOSSIBLE .

 

Apa yang Bro maksudkan di sini bukan pada "physical presence" kita dalam biznes tersebut.

 

Seperti dalam kehidupan kita harian: walaupun Bro seorang suami dan ayah, namun Bro, secara "physical presence", tidak bertindak sebagai seorang suami dan ayah untuk tempoh 24 jam sehari. Cuma Bro komited sebagai suami dan ayah, "mentally and spiritually", untuk tempoh 24 jam 7 hari seminggu atau "twenty-four seven" (24/7 ) - maka tingkah laku dan tindak tanduk Bro akan mengarah sebagai seorang suami dan ayah kerana Bro inginkan kejayaan sebagai suami dan ayah.

 

Berbalik kepada biznes. Dalam mana-mana biznes pun, "Full Time Physical Presence" dalam biznes tidak diperlukan setiap masa. Namun, biznes kita memerlukan "Full Time Focus" untuk berjaya. Ini adalah kerana, selalunya, jika mental dan fokus kita "Part-Time" maka jiwa kita pada biznes tersebut juga "Part-Time". Bila jiwa kita "Part-Time" maka perlakuan kita menjurus kepada "half-heartedly". Bila ini berlaku, peratusan komitednye kita pada biznes tersebut boleh dipersoalkan.
 
Jika ini situasi anda, pendapat Bro – jadilah Investor sahaja; biar orang lain yang komited pada kejayaan biznes tersebut mengendalikannya "whole-heartedly" kerana kita lebih kepada "more in the way of success" dari "together on the road to success".

2 comments:

Anonymous said...

betul cakap bro tu saya setuju... kalau nak berjaya mmg kena fulltime...

Anonymous said...

tapi orang yang dah berjaya pula kebanyakkan nya tak buat fulltime lepas tu.