Tuesday 18 March 2008

Silaj Sebagai Alternatif Sumber Makanan Ternakan

Pada ketika ini, rata-rata para penternak mengeluh perihal kenaikan mendadak dan berterusan harga makanan pellet untuk ternakan, dan penternak kambing tidak terkecuali.
 
Bagaimanapun, pada Bro, satu advantage penternak kambing ada berbanding penternak ayam ialah, penternak kambing boleh memperkenalkan silaj bahan terbuang pertanian sebagai sumber alternatif untuk ternakan kambing.
 
Kambing adalah haiwan herbivor. Maka, pemakanannya menjurus kepada makanan hijau seperti rumput dan dedaun.
 
Bagaimanapun, bagi penternak masa kini yang menjurus kepada pengurusan ternakan feedlot, sumber makanan bahan hijau ini menjadi "constraint" kepada operasi tersebut. Puncanya: tiada bekalan berterusan; antara sebabnya: kekurangan tapak untuk menanam rumput.
 
Kenaikan harga pellet boleh dikaitkan dengan analisa "demand and supply" atau paras pengeluaran dan paras permintaan masa kini. Apabila pellet menjadi sumber utama makanan ternakan sementara bahan hijau sebagai bahan tambahan atau suppliment, maka ketidakseimbangan pada paras permintaan yang tinggi dengan paras pengeluaran sedia ada akan mengakibatkan permintaan melebihi pengeluaran, lalu menyebabkan kenaikan harga pellet.
 
Apabila 70% kos operasi adalah makanan ternakan, maka kenaikan harga akan efek keberkesanan operasi ladang.
 
Dari nota agensi yang terlibat dengan ternakan, dan juga perbualan dengan rakan-rakan Bro yang telah memperkenalkannya kepada ladang mereka, Bro merasakan silaj adalah satu alternatif kepada penggunaan pellet bagi ternakan kambing kita kerana caranya yang mudah dan kos penyediaannya juga agak rendah. Antara bahan yang boleh digunakan sebagai silaj adalah batang jagung, pelepah sawit, hampas tebu dan rumput napier.
 
Dengan memperkenalkan sumber makanan alternatif, bukan sahaja kita dapat mengurangkan kos operasi, kita juga akan memberikan "pressure" kepada pengeluar dengan mengurangkan permintaan dan "reliance" kepada pellet semata-mata.
 

1 comment:

luqs_ said...

Saya sangat setuju dengan pendapat bro kamal. Dapat menimba pengalaman dari orang lain dan banyak lagi kebaikan.

Saya pun hadir kursus tu jugak...