Tuesday 18 March 2008

Kebaikan Berkursus

Pada 15 hingga 17 Mac baru-baru ini, Bro berkesempatan untuk mengikuti Kursus Ternakan Kambing anjuran AlBarakah Global Food Industry dan Bank Pertanian Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada semua di AlBarakah farm dan BPM atas layanan dan peluang yang diberikan.
 
Hari ini Bro ingin bercerita tentang kebaikan berkursus.
 
Bila cerita tentang kursus, ada juga Bro dengar orang berkata "buat apa nak pergi kursus, balik-balik cerita yang sama," atau, "tak payah lah pergi kursus lagi sebab aku dah pergi dah." 
 
Sebenarnya, pada pendapat Bro, ada beberapa kebaikan dari kursus sebegini:
 
i. Sebagai "Refresher":
Kadang-kadang, bila kita pergi kursus buat kali pertama, kita akan "blur" tentang apa yang dibincangkan. Jadi, kursus yang kedua, ketiga dan seterusnya akan menjadi "refresher" untuk kita, dan memudahkan kita mengikuti perbincangan sesuatu topik atau perkara itu pada kali yang kedua, ketiga dan seterusnya, lebih-lebih lagi jika kita berkecimpung dalam bidang berkenaan selepas kursus yang pertama itu.
 
ii. Mendapatkan Info baru:
Kita perlu melihat kursus itu sebagai salah satu gelanggang untuk kita mendapatkan informasi baru berkaitan bidang yang kita ceburi. 
 
Sebagai contoh, pada kursus bersama AlBarakah ini, Bro mendapat ilmu dan pengalaman baru mengenai kaedah "post-mortem" sebagai cara siasatan penyakit ternakan kambing kita.
 
Selain daripada informasi baru dari penceramah, Bro juga mendapat informasi baru tentang operasi rakan-rakan penternak yang lain.
 
Informasi ini amat berguna dan boleh Bro bawanya ke dalam operasi ladang Bro sendiri.    
 
iii. Mendapatkan Info terbaru:
Semasa berkursus juga kita boleh dapatkan info terbaru sesuatu perkara atau topik berkaitan bidang yang kita ceburi.
 
iv. Tempat ber"network":
Kursus juga perlu dilihat sebagai gelanggang untuk kita menambah serta memperbaharui dan memperbaiki network kita. 
 
Semasa kursus ini, Bro berkenalan dengan rakan ternak baru yang ladangnya cuma 20km dari ladang Bro di Melaka. Bro juga berkesempatan berjumpa semula rakan ternak yang Bro kenali semasa berkursus di ladang Cikgu Halim di Melaka tahun lepas.
 
Bro juga dapat bertemu dengan rakan ternak yang Bro kenali hanya di Internet sehinggalah bertemu dengannya semasa kursus ini; juga Bro dapat bertemu dengan rakan ternak yang sudah agak lama juga tidak berkesempatan menemuinya.
 
 
Jadi, rakan-rakan ternak semua, optimumkanlah kemudahan kursus yang kita hadiri. Juga, rebutlah peluang yang ada untuk kita hadiri kursus-kursus akan datang.
 

No comments: