Monday 16 July 2007

Pengalaman 6 Bulan Pertama

Pejam-celik, pejam-celik, 6 bulan dah aku berkecimpung dalam ternakan kambing; masih budak hingusan, namun banyak juga yang aku pelajari. Pengetahuan dan ilmu yang ditimba dari kursus, interaksi dengan rakan-rakan ternakan dan pengusaha-pengusaha ternakan, dan dialog dengan agensi-agensi berkenaan banyak membantu seperti hal-hal berkaitan pengurusan ladang dan ternakan, pemahaman tentang pemasaran dan "business planning".


Antara keseronokan yang aku rasai dalam biznes ini ialah bila aku bertugas di ladang. Kerja-kerja di ladang mungkin "routine" dan "mundane": cuci kandang dan kawasan ladang, persiapan makan dan minum ternakan, pemerhatian kesihatan ternakan dan lain-lain kerja harian.

Namun, "kick" yang aku perolehi ialah bila aku memerhatikan tingkahlaku kambing-kambing ini: ada yang mencuit hati, dan ada juga yang menyentuh perasaan.

Antaranya ialah semasa kelahiran ahli keluarga baru: melihat ibu yang sarat mengandung "menyediakan kawasan" untuk beranak, membersihkan anak yang baru lahir; mengejutkan anak untuk menyusu. Pengalaman yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit ...


Untuk rakan-rakan yang baru, luangkanlah masa dengan kambing-kambing anda. Masa anda dengan kambing-kambing ini bagaikan satu terapi, percayalah ...

5 comments:

Unknown said...

Bro
that why lah Allah pilih kambing untuk dibela oleh Rasullulah S.A.W dan kebanyakkan Rasul yang lain.Harapan agar bro tabah dan lebih maju lagi.salam dari abghalim

Bro Kamal said...

thanks abghalim ...

Rie said...

tahniah

Bro Kamal said...

thanks esis ...

Restaurant Cleaning Lowell said...

Nice sshare