Showing posts with label Goat Farm. Show all posts
Showing posts with label Goat Farm. Show all posts

Saturday, 8 September 2007

sambungan cerita ... Tambahan Kandang Bahagian 3

Kata orang tua-tua, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Dalam konteks kandang kami, sikit-sikit, lama-lama siap jua ...


Tak lah sebesar mana atau secanggih mana, cuma kami cuba pastikan ianya selesa buat kambing-kambing kami, dan dapat menampung keperluan biznes sepertimana yang dirancangkan ...


tip perkambingan:

salah satu cara untuk mengurangkan stress pada ternakan kambing anda, pastikan ruang bilik kandang yang disediakan adalah mencukupi dan selesa bagi kambing untuk bersantai, bergerak, bergurau-senda, bermain-main, dan menikmati juadah yang disediakan pada waktu santapan. Macam orang jugak, jika bersempit-sempit tentunya tidak selesa!

Tuesday, 7 August 2007

sambungan cerita ... Tambahan Kandang Bahagian 2

Alhamdulillah, kerja-kerja penambahan kandang dapat diteruskan walaupun agak perlahan; yelah, bila membuat sesuatu kerja itu perlu juga ”mengukur baju di badan sendiri” ...



Namun, yang pasti, setiap langkah yang diambil Biar Pandang Kehadapan, Bukan Mengundur Ke Belakang!





Monday, 16 July 2007

Pengalaman 6 Bulan Pertama

Pejam-celik, pejam-celik, 6 bulan dah aku berkecimpung dalam ternakan kambing; masih budak hingusan, namun banyak juga yang aku pelajari. Pengetahuan dan ilmu yang ditimba dari kursus, interaksi dengan rakan-rakan ternakan dan pengusaha-pengusaha ternakan, dan dialog dengan agensi-agensi berkenaan banyak membantu seperti hal-hal berkaitan pengurusan ladang dan ternakan, pemahaman tentang pemasaran dan "business planning".


Antara keseronokan yang aku rasai dalam biznes ini ialah bila aku bertugas di ladang. Kerja-kerja di ladang mungkin "routine" dan "mundane": cuci kandang dan kawasan ladang, persiapan makan dan minum ternakan, pemerhatian kesihatan ternakan dan lain-lain kerja harian.

Namun, "kick" yang aku perolehi ialah bila aku memerhatikan tingkahlaku kambing-kambing ini: ada yang mencuit hati, dan ada juga yang menyentuh perasaan.

Antaranya ialah semasa kelahiran ahli keluarga baru: melihat ibu yang sarat mengandung "menyediakan kawasan" untuk beranak, membersihkan anak yang baru lahir; mengejutkan anak untuk menyusu. Pengalaman yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit ...


Untuk rakan-rakan yang baru, luangkanlah masa dengan kambing-kambing anda. Masa anda dengan kambing-kambing ini bagaikan satu terapi, percayalah ...

Wednesday, 27 June 2007

Tambahan Kandang

Saya teringat pada kata-kata seorang rakan usahawan, bahawa, salahsatu motivasi diri seseorang usahawan ialah dengan merencana sesuatu perubahan positif pada biznes kita; secara automatik kita akan kembali fokus kepada biznes kita ...






Sebagai pencetus motivasi ini, saya dan rakan biznes melangkah setapak lagi dengan memulakan sedikit pembesaran pada kandang; tambahan mungkin kecil (lebih kurang 40 kaki x 24 kaki), tetapi ianya mencetus rasa kepuasan pada kami ...
Mula-mula siapkan tiang, tak kira le kan walaupun tiang roman ... kandang kami, duit kami, sukaati kami le ... sebonarnye tiang reject jadi dapek murah le huhuhu

Monday, 18 June 2007

Pengalaman Berkursus Dgn Cikgu Halim dan Kak Samiah

Alhamdulillah, dapat aku berkursus dengan penternak jaya Cikgu Halim dan kak Samiah.
Selain daripada info-info dan tip-tip berkaitan penternakan kambing, aku juga mendapat suntikan semangat keusahawanan dengan mendengar pengalaman seorang cikgu yang bermula dengan 1 kambing jantan dan 3 kambing betina pada September 2001.
Kini beliau mempunyai gerompok melebihi 500 ekor dan dijangkakan akan bertambah sehingga 1,000 ekor sebelum hujung tahun 2007, sepertimana yang beliau rancangkan 6 tahun dahulu.
Cikgu Halim, tok guru dan mentor ku ... terima kasih

Monday, 21 May 2007

Pelan Perladangan 12 Bulan Pertama

Saya dan partners bermula dengan "zero knowledge, zero experience and just a wee bit of capital."

Statistik perniagaan kerap kali mengatakan majoriti perniagaan baru terhenti dalan tempoh 2 tahun yang pertama.

Kami telah tetapkan tempoh 12 bulan pertama sebagai "crucial period" untuk "business survival" ...

Antara rancangan-rancangan 12 bulan yang telah kami atur adalah:

- menimba ilmu penternakan dan perladangan
- menambahbiak gerompok kambing dan ekspensi tapak biak mengikut jadual bisnes
- membina jaringan dengan penternak, trader, supplier, agensi dan rakan perladangan

mudah-mudahan usaha diberkati ...

Friday, 27 April 2007

My Goat Farm





Inilah rupanye ladang ku.

Aku berjalan dengan langkah yang kecil. Masih bertatih, belum lagi boleh berlari...

Wednesday, 25 April 2007

Langkah Pertama (The First Step)

Impian jadi usahawan ni dah lama aku idamkan. Tapi, biasa le, impian tinggal impian. Makin lama bekerja dengan orang makin pudar impian, lebih-lebih lagi bila kerjaya makin meningkat ...

Namun, bila lihat kejayaan rakan-rakan serta diskusi di forum-forum tentang biznes menguatkan kembali impian tersebut. Pengetahuan pengurusan dan semangat adalah sedikit di dada ... tapi niaga apa yek?

Mungkin berkat doa pada Illahi, peluang menternak kambing terbuka di kampung. Tanggal 30 Januari 2007, bermula langkah pertama ku walaupun secara kecil-kecilan ...