Analisa SWOT adalah satu kaedah yang boleh digunapakai untuk tujuan menilai situasi biznes anda. SWOT adalah singkatan dari Strengths Weaknesses Opportunities Threats, di mana kita akan menilai situasi dalaman dan juga situasi luaran biznes kita.
Penilaian situasi dalaman bermaksud menilai kekuatan (Strengths) dan kelemahan (Weaknesses) yang terdapat pada bisnes kita. Antara faktor dalaman yang boleh kita analisa ialah jenama dan penjenamaan (brand and branding), corak operasi dan pengurusan, lokasi dan corak pemasaran, tenagakerja. Dengan menilai kekuatan dan kelemahan ini, kita akan dapat menilai dan membina strategi seterusnya untuk biznes kita.
Disamping analisa dalaman, kita juga perlu menilai situasi luaran, yakni menilai suasana pasaran, ekonomi, permintaan dan pengeluaran, pesaingan dan sebagainya, melalui penilaian peluang (Opportunities) dan ancaman (Threats).
Kita ambil syarikat penerbangan kos rendah AirAsia sebagai contoh kaedah analisa ini.
(nota: analisa ini adalah nilaian ringkas yang dibuat oleh penulis sendiri dan adalah sebagai contoh sahaja):
Kekuatan (Strengths):
- jenama dan penjenamaan
- tenagakerja
- pengurusan
- strategic partnership
- online ticketing
Kelemahan (Weaknesses):
- kelewatan
- kemudahan penerbangan terhad
Peluang (Opportunities):
- pembukaan laluan penerbangan antarabangsa
- pembukaan/pelebaran lapangan terbang penerbangan kos rendah
Ancaman (Threats):
- pesaingan
- penangguhan pembukaan laluan penerbangan
- kenaikan harga minyak
Fikir-fikirlah analisa biznes kita ...
1 comment:
Terima Kasih Bro Kamal dengan Analisis SWOT dan perbandingan dengan AIRASIA.
Bagaimana pula dengan BLUE OCEAN STRATEGY yang digunakan oleh Airasia sehingga ianya menjadi bahan kajian di OXFORD UNIVERSITY?
Minta pandangan bro ja.Terima Kasih bro
Post a Comment