Wednesday, 8 August 2007

Pertanyaan ... Bagaimana Memulakan Biznes Kambing

Baru-baru ini Bro menerima email dari rakan kita Rose dan Fakhrul, bertanyakan bagaimana memulakan biznes kambing ini: "common question" dikalangan bakal penternak. Harap Rose dan Fakhrul tak kesah dengan penyiaran ini sebab Bro pun mempunyai soalan yang sama pada permulaannya.
Nota: Soalan dan Jawapan diedit untuk kesesuaian

Fakhrul:

Saya amat berminat untuk bukak ladang kambing.. tapi, saya selalu dipandang rendah bila discuss benda ni dengan keluarga..


Saya nak mintak pandangan bro kamal.. macamana nak mulakan benda ni.. hmm.. terima kasih banyak ya..


Rose:

I just nak tanya...i nak mencuba bidang penternakan kambing ni, boleh tak bro beri sedikit tips untuk memulakan bis ni dan boleh tak bro beritahu saya serba sedikit mengenai modal/capital yang diperlukan, berapa pulangannya, mature age dan lain lain.

Jawapan Bro:
Jangan gusar sangat tentang komen keluarga. Biasa le tu .. niat mereka baik, rasanya diaorang risau jika Fakhrul teruskan tapi terbengkalai di tengah jalan. Lebih mudah kerja makan gaji.

Mana-mana biznes pun ada yang berjaya dan ada yang terbengkalai; sebab-sebab terbengkalai berbagai-bagai. Bagi kita yang ingin ceburkan diri perlu mengenalpastinya supaya kita tak buat "the same mistake", atau jika "make the mistake" perlu peka kepada jalan-jalan penyelesaiannya.


Tentang biznes kambing ni, bagi Bro, ianye tiada secret, dan ianya juga tiada shortcut; perlu perancangan dan penyelidikan. Tapi, macam biznes lain-lain jugak, tak ada mustahilnya.


Titik mula, amati dan fahaminya dan tanya diri kita samada ini biznes kita dulu. Kite kena ketahui kenapa kita dalam line bisnez ini dan bukan biznes lain - minat penting kerana ianya boleh menguatkan semangat bila hadapi problem nanti.


Buatkan rancangan perniagaan kita. Jangan tiru orang, tapi guna pengalaman/kertas kerja orang sebagai petunjuk jalan - RP ini sebagai guide arah tuju kita dan juga kayu pengukur pada perjalanan biznes, penilai samada kita ni tersasar atau on target.


Kaji pasaran apabila kita nak tentukan corak biznes kita - nak buat trading/breeding atau sebaliknya, nak kambing jenis apa (boer? Jamnapari? Katjang? Jermasia?). Selidik siapa target klien kita. Jangan lupa hebahkan biznes kita, mana orang nak tau jika tak dihebahkan. Ada cerita saya dengar orang sekampung pun tak tau diaorang bela kambing.


Jangan bersendiri, bina jaringan rakan-rakan penternak. Pasaran besar sebenarnye jadi tak perlu risau. Saya berpegang pada kata-kata "setiap orang ada rezeki masing-masing." Malahan, bila nak buat proposal kepada agensi-agensi kerajaan lebih mudah bila kita dalam kumpulan.


Ringkasan tip-tip Bro memulakan ternakan ni boleh rujuk post Bro pada 2 Julai lepas, titlenye: memulakan biznes ternakan kambing anda.


Rakan-rakan juga boleh rujuk blog rakan-rakan tani lain yang Bro senaraikan di blog Bro. Macam-macam tip dan cerita tentang kambing ada di situ. Anda juga boleh rujuk forum-forum; di situ ada penternak-penternak (bakal, baru dan otai) yang memberi tip, pendapat dan komen yang boleh dijadikan panduan.


Lagi satu, lawati kandang rakan-rakan penternak, tengok sendiri dan tanya aje apa-apa yang terbuku dihati. Takpun join skali bila kitorang mengeteh...


Ikhlas,


Bro Kamal

No comments: